Assalamualaikum~ Terlebih dahulu, kami ingin memperkenalkan diri kami.'Panjy Sry Temasek' diberi nama, kami berasal dari Politeknik Temasek.Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun akademik 98/99..dan justeru diberi nama 'Na'ek Nai Nai' dahulu. Apabila kami menyertai pertandingan Gema 99, nama kumpulan diubah kepada 'Panjy Sry Temasek.' Kami setakat melangkah ke peringkat akhir sahaja..tetapi kami bersyukur kerana itu adalah pertandingan kami yang pertama, dan kami banyak mempelajari dari situ. Bila tahun akademik 2000/2001 dimulakan, kami didatangi oleh anggota baru dan ini telah mengkukuhkan lagi kumpulan kami. Dengan ini, kami menyertai Piala Khatulistiwa yang dianjurkan oleh Politeknik Ngee Ann. Kami meraih piala Juara.Tambahan itu, kami juga memenangi 4 piala individu yaitu - Senikata Terbaik, Kesenian Terbaik, Paluan Terbaik dan Paluan Khas. Sebahagian dari anggota-anggota kumpulan Panjy ada berkecimpung dengan kumpulan Dikir Barat luar seperti Andika, Putera Dewa, Dendang Mutiara, Neng Ny No dan lain lain. Syukur kerana gandingan ini boleh meningkatkan lagi mutu persembahan kami. Kami amat bersyukur setelah menempah nama dalam pertandingan ini dan niat kami hanya satu- Biar berdikir kerana semangat dan minat~
Saya sebagai 'webmaster' telah menyertakan gambar-gambar kami dan juga anggota kami. Sekian 
Kami dibawah naungan MCS Politeknik Temasek. (Malay Cultural Society atau Persatuan Budaya Melayu)  |
Favorites Here's a list of some of my favorite movies:;br> Jules and Jim, Manhattan, Breaking the Waves Here's a list of some of my favorite music:
Nirvana, Frank Sinatra, Ibrahim Ferrer  |
 |
|
 |
|
|
|